Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian III · Penubuhan Yayasan Labuan
11. Harta yayasan Labuan
Feedback & supportApa-apa harta yang diderma secara kekal kepada sesuatu yayasan Labuan hendaklah menjadi harta yayasan Labuan itu dengan hakmilik di sisi undang-undang dan hakmilik benefisial sepenuhnya, dan hendaklah terhenti menjadi harta pengasas itu dan tidak boleh menjadi harta seseorang benefisiari melainkan jika harta itu dibahagikan mengikut peruntukan dokumen konstituen dan peruntukan Akta ini.
Harta sesuatu yayasan Labuan hendaklah diuruskan secara khususnya, termasuk direalisasikan, digunakan, ditadbirkan,
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 706
dilaburkan dan dibelanjakan mengikut dokumen konstituen dan peruntukan Akta ini bagi mencapai maksud atau matlamat yayasan
Labuan itu.
Kuasa dan obligasi pengasas