Skip to content
In forceUpdated to 23 Apr 2025Read it in English

Bahagian III · Penubuhan Yayasan Labuan

9. Pindaan piagam

Feedback & support
(1)

Jika piagam sesuatu yayasan Labuan mengadakan peruntukan bagi pindaan piagam itu, piagam itu boleh dipinda mengikut tatacara yang dinyatakan dalam piagam itu atau, jika piagam tidak mengandungi apa-apa tatacara sedemikian, mengikut tatacara yang berikut:

(a)

pengasas atau pegawai hendaklah memanggil suatu mesyuarat yang terdiri daripada—

(i)

pengasas atau estetnya, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(ii)

pegawai-pegawai; dan

(iii)

majlis yayasan Labuan, jika ada; dan

(b)

resolusi bagi pindaan piagam itu hendaklah diterima pakai hanya jika dipersetujui oleh—

(i)

pengasas atau estetnya, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(ii)

pegawai-pegawai; dan

(iii)

majlis yayasan Labuan, jika ada.

(2)

Pegawai sesuatu yayasan Labuan boleh membuat ketetapan mengenai pindaan ke atas piagam yayasan Labuan itu sebagaimana yang pada pendapat mereka adalah perlu dalam hal keadaan itu untuk mengekalkan maksud dan matlamat yayasan Labuan itu, dan hendaklah memohon kepada Mahkamah bagi kelulusannya ke atas pindaan yang dicadangkan kepada piagam yayasan Labuan itu dalam hal—

(a)

suatu persetujuan tidak dapat dicapai bagi apa-apa pindaan yang dicadangkan kepada piagam itu;

(b)

piagam itu tidak mempunyai peruntukan bagi pindaan; atau

Yayasan Labuan 17

(c)

peruntukan seksyen ini tidak dapat dipatuhi kerana pengasasnya tidak lagi hidup atau wujud.

(3)

Mahkamah boleh, menurut suatu permohonan di bawah subseksyen (2), membuat suatu perintah yang mengesahkan pindaan itu, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, atau boleh membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan suai manfaat olehnya bagi memudahkan atau melaksanakan dengan berkesan apa-apa pindaan sedemikian, atau menolak permohonan itu.

(4)

Setiausaha hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas pindaan piagam, memfailkan dengan Lembaga suatu salinan piagam yang dipinda itu.

Report

Bahagian IV

Pendaftaran Yayasan Labuan

Bahagian V

Majlis, Pegawai dan Setiausaha

Bahagian VI

Keupayaan Yayasan Labuan

Bahagian VII

Benefisiari

Bahagian VIII

Pembubaran

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules