Skip to content
In forceUpdated to 23 Apr 2025Read it in English

Bahagian III · Penubuhan Yayasan Labuan

12. Section 12

Feedback & support
(1)

Jika terdapat lebih daripada seorang pengasas, kuasa pengasas di bawah dokumen konstituen dan Akta ini hanya boleh dijalankan oleh kesemua pengasas itu secara bersesama dan dengan niat yang sama, melainkan jika dokumen konstituen memperuntukkan selainnya.

(2)

Pengasas boleh, dalam piagam yayasan Labuan atau melalui surat cara secara bertulis yang boleh dibatalkan atau tidak boleh dibatalkan, menyerahhakkan atau memindahkan mana-mana atau kesemua hak, kuasa dan obligasinya di bawah Akta ini dan dokumen konstituen yayasan Labuan itu kepada mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan oleh pengasas itu mengikut budi bicara mutlaknya.

(3)

Orang yang kepadanya pengasas telah menyerahhakkan atau memindahkan mana-mana atau kesemua hak, kuasa dan obligasinya di bawah Akta ini dan dokumen konstituen yayasan Labuan itu hendaklah disifatkan sebagai pengasas apabila menjalankan mana-mana hak dan kuasa dan melaksanakan obligasi itu.

(4)

Jika pengasas membuat suatu aku janji, yang direkodkan dalam piagam yayasan Labuan itu, untuk menderma secara kekal apa-apa harta kepada yayasan Labuan itu, yayasan Labuan itu—

(a)

boleh menguatkuasakan aku janji itu terhadap pengasas itu;

dan

(b)

hendaklah menguatkuasakan aku janji itu berkenaan dengan aset permulaaan yayasan Labuan itu, jika pada akhir tempoh dua belas bulan dari tarikh pendaftaran, harta yang merupakan aset permulaan itu belum menjadi harta yayasan

Labuan itu.

Yayasan Labuan 19

Report

Bahagian IV

Pendaftaran Yayasan Labuan

Bahagian V

Majlis, Pegawai dan Setiausaha

Bahagian VI

Keupayaan Yayasan Labuan

Bahagian VII

Benefisiari

Bahagian VIII

Pembubaran

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules