Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 · Updated to 1 Aug 2022 · Bahagian III · Penubuhan dan Pendaftaran
10. Permohonan pendaftaran
Feedback & supportSeseorang boleh memohon bagi pendaftaran sesuatu perkongsian liabiliti terhad kepada Pendaftar dan permohonan itu hendaklah disertai dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang ditentukan oleh Pendaftar.
Perkongsian Liabiliti Terhad 17
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk suatu pernyataan yang ditandatangani oleh tiap-tiap orang yang akan menjadi pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu yang mengandungi butir-butir yang berikut:
nama perkongsian liabiliti terhad yang dicadangkan itu;
jenis am perniagaan yang dicadangkan bagi perkongsian liabiliti terhad itu;
pejabat berdaftar yang dicadangkan bagi perkongsian liabiliti terhad itu;
nama, kewarganegaraan dan tempat tinggal yang biasa bagi tiap-tiap orang yang akan menjadi pekongsi dan, jika mana-mana pekongsi ialah suatu pertubuhan perbadanan, nama perbadanan, tempat diperbadankan, ditubuhkan atau tempat asal, nombor pendaftaran dan pejabat berdaftar pertubuhan perbadanan itu;
nama, kewarganegaraan dan tempat tinggal yang biasa bagi tiap-tiap orang yang akan menjadi pegawai pematuhan bagi perkongsian liabiliti terhad itu; dan
apa-apa maklumat berkaitan yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
Jika suatu perkongsian liabiliti terhad ditubuhkan bagi maksud menjalankan apa-apa amalan profesional, permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertai dengan surat kelulusan daripada badan pentadbir yang berkaitan sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual Pertama, jika berkenaan.
Pendaftar boleh, dalam mana-mana hal tertentu, menghendaki pernyataan dan surat kelulusan yang disebut dalam subseksyen (2) dan
masing-masing, ditentusahkan mengikut apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Pendaftar.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 743