Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2022Read it in English

Bahagian III · Penubuhan dan Pendaftaran

20. Penyiaran nama

Feedback & support
(1)

Setiap perkongsian liabiliti terhad hendaklah mempamerkan nama dan nombor pendaftarannya di luar pejabat berdaftar dan tempat perniagaannya.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Pendaftar boleh, apabila dipohon oleh perkongsian liabiliti terhad, mengecualikan perkongsian liabiliti terhad itu daripada kesemua atau apa-apa kehendak di bawah subseksyen (1) jika Pendaftar berpuas hati bahawa adalah tidak praktikal bagi perkongsian liabiliti terhad itu untuk berbuat demikian.

(3)

Nama dan nombor pendaftaran perkongsian liabiliti terhad hendaklah terdapat pada tiap-tiap kepala surat, invois, bil, penyiaran termasuk perantara elektronik, laman sesawang atau dokumen rasmi yang lain yang dikeluarkan oleh perkongsian liabiliti terhad itu.

Perkongsian Liabiliti Terhad 25

(4)

Jika sesuatu perkongsian liabiliti terhad telah menukarkan namanya di bawah seksyen 15, nama terdahulu perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah terdapat di bawah namanya sekarang pada setiap kepala surat, invois, bil, penyiaran termasuk perantara elektronik, laman sesawang atau dokumen rasmi yang lain yang dikeluarkan oleh perkongsian liabiliti terhad itu bagi tempoh dua belas bulan dari tarikh penukaran itu.

(5)

Suatu perkongsian liabiliti terhad yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Report

Bahagian IV

Pengurusan Perkongsian Liabiliti Terhad

Bahagian V

Penukaran Kepada Perkongsian Liabiliti Terhad

Bahagian VI

Perkongsian Liabiliti Terhad Asing

Bahagian VII

Penggulungan, Pembubaran dan Pemotongan

Bahagian X

Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965

Bahagian VIII

Bahagian IX

Schedules