Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 · Updated to 1 Aug 2022 · Bahagian III · Penubuhan dan Pendaftaran
11. Pendaftaran perkongsian liabiliti terhad
Feedback & supportApabila berpuas hati bahawa permohonan di bawah seksyen 10 telah mematuhi kehendak pendaftaran di bawah Akta ini,
Pendaftar hendaklah—
mendaftar perkongsian liabiliti terhad itu dan memperuntukkan suatu nombor pendaftaran bagi perkongsian liabiliti terhad itu; dan
mengeluarkan suatu notis pendaftaran dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar.
Pada dan dari tarikh pendaftaran yang dinyatakan dalam notis pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), hendaklah wujud suatu perkongsian liabiliti terhad dengan nama dan nombor pendaftaran sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.
Notis pendaftaran di bawah subseksyen (1) adalah keterangan muktamad bahawa kehendak Akta ini berkenaan dengan pendaftaran telah dipatuhi dan bahawa perkongsian liabiliti terhad itu telah didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta ini.
Apabila dipohon oleh suatu perkongsian liabiliti terhad dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, Pendaftar boleh mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada perkongsian liabiliti terhad itu dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar.
Pendaftaran mana-mana perkongsian liabiliti terhad tidak boleh dikira sebagai menandakan bahawa kehendak bagi mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang berhubungan dengan apa-apa perniagaan yang dijalankan oleh perkongsian liabiliti terhad itu telah dipatuhi.
Kuasa untuk menolak pendaftaran