Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 · Updated to 1 Aug 2022 · Bahagian III · Penubuhan dan Pendaftaran
15. Pertukaran nama perkongsian liabiliti terhad
Feedback & supportSuatu perkongsian liabiliti terhad boleh menukarkan namanya kepada suatu nama yang boleh diterima oleh Pendaftar mengikut seksyen 13.
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
m.b.p. 31 Januari 2017―lihat subseksyen 620(1) Akta Syarikat 2016.
Perkongsian Liabiliti Terhad 21
Jika suatu perkongsian liabiliti terhad menukarkan namanya di bawah seksyen ini, Pendaftar hendaklah—
memasukkan nama baru itu ke dalam daftar untuk menggantikan nama terdahulu; dan
mengeluarkan suatu notis pengesahan bagi pertukaran nama itu.
Pertukaran nama di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa dari tarikh notis pengesahan dikeluarkan di bawah perenggan (2)(b).
Suatu pertukaran nama perkongsian liabiliti terhad di bawah
Akta ini tidak akan—
menjejaskan apa-apa hak atau obligasi perkongsian liabiliti terhad itu; atau
mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadap perkongsian liabiliti terhad itu.
Apa-apa prosiding undang-undang yang mungkin diteruskan atau dimulakan terhadap perkongsian liabiliti terhad itu dengan nama terdahulunya boleh diteruskan atau dimulakan terhadap perkongsian liabiliti terhad itu dengan nama baharunya.