Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 · Updated to 1 Aug 2022 · Bahagian III · Penubuhan dan Pendaftaran
13. Nama perkongsian liabiliti terhad
Feedback & supportNama sesuatu perkongsian liabiliti terhad hendaklah berakhir dengan perkataan “Perkongsian Liabiliti Terhad” atau singkatan
“PLT”.
Kecuali dengan kebenaran Menteri, perkongsian liabiliti terhad tidak boleh didaftarkan di bawah suatu nama yang pada pendapat
Pendaftar adalah—
tidak diingini;
sama dengan suatu pertubuhan perbadanan atau perniagaan yang sedia ada;
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 743
sama dengan suatu nama yang ditempah di bawah Akta ini atau *Akta Syarikat 1965; atau
sejenis nama yang Pendaftar telah diarahkan oleh Menteri untuk tidak diterima bagi pendaftaran.
Pendaftar hendaklah menyiarkan dalam Warta apa-apa arahan yang disebut dalam perenggan (2)(d).