Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 · Updated to 1 Aug 2022 · Bahagian III · Penubuhan dan Pendaftaran
16. Kuasa Pendaftar untuk menghendaki pertukaran nama
Feedback & supportPendaftar boleh mengarahkan suatu perkongsian liabiliti terhad untuk menukarkan namanya, jika pada pendapatnya, nama yang dengannya perkongsian liabiliti terhad itu didaftarkan ialah nama yang dilarang daripada didaftarkan di bawah subseksyen 13(2).
Jika suatu arahan dikeluarkan di bawah subseksyen (1), perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah mematuhi arahan itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh arahan itu atau apa-apa tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh Pendaftar.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 743
Mana-mana perkongsian liabiliti terhad yang tidak mematuhi arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.