Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 · Updated to 1 Aug 2022 · Bahagian III · Penubuhan dan Pendaftaran
17. Pendaftaran perubahan butir-butir
Feedback & supportJika apa-apa perubahan dibuat atau berlaku dalam butir-butir yang didaftarkan bagi sesuatu perkongsian liabiliti terhad, perkongsian liabiliti terhad itu hendaklah memberitahu Pendaftar tentang perubahan sedemikian dalam masa empat belas hari atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Pendaftar atas permohonan.
Pendaftar boleh, apabila pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (1) diterima dan apabila fi yang ditetapkan dibayar, mendaftarkan perubahan itu.
Walau apa pun subseksyen (1), jika mana-mana orang yang berhenti menjadi pekongsi dalam perkongsian liabiliti terhad dengan semunasabahnya mempercayai bahawa perkongsian liabiliti terhad itu tidak memberitahu hakikat mengenai pemberhentian itu kepada
Pendaftar pekongsi itu boleh menyerah simpan pemberitahuan pemberhentian itu dengan Pendaftar.
Pendaftar boleh, dalam mana-mana hal tertentu, menghendaki pemberitahuan yang diserah simpan di bawah subseksyen (1) untuk dibetulkan oleh perkongsian liabiliti terhad itu mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Pendaftar.
Suatu perkongsian liabiliti terhad yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.