Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 · Updated to 1 Aug 2022 · Bahagian III · Penubuhan dan Pendaftaran
9. Perjanjian perkongsian liabiliti terhad
Feedback & supportKecuali diperuntukkan selainnya oleh Akta ini, hak dan kewajipan bersama pekongsi perkongsian liabiliti terhad, dan hak dan kewajipan bersama pekongsian liabiliti terhad dan pekongsinya, hendaklah ditentukan—
oleh perjanjian perkongsian liabiliti terhad; dan
jika tiada perjanjian mengenai apa-apa perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, oleh mana-mana peruntukan yang berhubung dengan perkara itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Perjanjian perkongsian liabiliti terhad hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, dan hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:
nama perkongsian liabiliti terhad itu;
jenis perniagaan perkongsian liabiliti terhad itu;
amaun sumbangan modal oleh setiap pekongsi; dan
bahawa pekongsi bersetuju untuk menjadi pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu.