Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2022Read it in English

Bahagian III · Penubuhan dan Pendaftaran

18. Pejabat berdaftar

Feedback & support
(1)

Suatu perkongsian liabiliti terhad hendaklah pada setiap masa

Perkongsian Liabiliti Terhad 23

mempunyai pejabat berdaftar di Malaysia yang kepadanya semua komunikasi dan notis boleh dialamatkan.

(2)

Suatu perkongsian liabiliti terhad boleh menukarkan alamat pejabat berdaftarnya dari semasa ke semasa dengan menyerah simpan suatu notis pertukaran dengan Pendaftar mengikut seksyen 17.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), sehingga berakhirnya tempoh tiga puluh hari bermula dari tarikh pertukaran alamat bagi perkongsian liabiliti terhad itu didaftarkan, seseorang boleh menyampaikan apa-apa dokumen secara sah kepada perkongsian liabiliti terhad itu di pejabat berdaftarnya yang terdahulu.

(4)

Suatu perkongsian liabiliti terhad dan pekongsinya yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Report

Bahagian IV

Pengurusan Perkongsian Liabiliti Terhad

Bahagian V

Penukaran Kepada Perkongsian Liabiliti Terhad

Bahagian VI

Perkongsian Liabiliti Terhad Asing

Bahagian VII

Penggulungan, Pembubaran dan Pemotongan

Bahagian X

Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965

Bahagian VIII

Bahagian IX

Schedules