Seksyen 159
Hak untuk melupuskan dan mengekalkan nilai harta
of Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
Walau apa pun mana-mana undang-undang dan sebagai tambahan kepada mana-mana kuasa Perbadanan yang lain yang terdapat di bawah mana-mana kontrak atau undang-undang,
Perbadanan sebagai pemegang cagaran atas apa-apa harta, sama ada sebagai pemegang gadaian, pemegang gadai janji, pemegang serah hak, pemegang lien atau selainnya, adalah berhak—
(a)
untuk melupuskan harta itu atau mana-mana bahagian harta itu secara triti persendirian mengikut Jadual Keempat; dan
(b)
jika harta itu terdiri daripada tanah, untuk mengambil segala langkah yang disifatkannya patut untuk mengekalkan nilai tanah itu atau memudahkan pelupusan tanah itu secara triti persendirian mengikut