Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian IX · Kuasa Berhubung Dengan Aset yang Diperoleh Oleh Perbadanan
164. Tempoh pentadbiran
Feedback & supportPentadbiran orang terjejas oleh konservator hendaklah bermula dari tarikh pelantikan konservator dan hendaklah berterusan sehingga ditamatkan oleh Perbadanan.
Lembaga boleh melantik suatu jawatankuasanya sendiri yang dipengerusikan oleh salah seorang daripada pengarahnya dan yang terdiri daripada seorang atau dua orang lagi pengarah dan orang lain yang mempunyai kepakaran yang berkaitan atau pengalaman yang berkaitan untuk mengawasi, memantau dan menilai prestasi
190
Undang-Undang Malaysia mana-mana atau kesemua konservator yang dilantik oleh Perbadanan.
Jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah, dari semasa ke semasa, membuat apa-apa cadangan atau syor termasuk suatu cadangan bagi penamatan konservator bagi pertimbangan
Perbadanan.
Seorang konservator hendaklah dilepaskan daripada pelantikannya apabila penamatan pelantikannya diluluskan oleh
Perbadanan.
Jika pelantikan seorang konservator telah dilepaskan di bawah seksyen ini atau subseksyen 189(2), dia hendaklah, berkuat kuasa dari pelepasan itu, dilepaskan daripada segala kewajipan dan liabiliti berkenaan dengan pentadbirannya atau selainnya berhubungan dengan kelakuannya sebagai seorang konservator.
Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menghalang suatu tindakan atau prosiding lain oleh mana-mana orang bagi kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh perbuatan salah laku yang sengaja atau kecuaian melampau oleh konservator.