Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian IX · Kuasa Berhubung Dengan Aset yang Diperoleh Oleh Perbadanan
162. Kelayakan konservator
Feedback & supportTiada seorang pun boleh dilantik sebagai seorang konservator melainkan jika—
orang itu ialah orang sebenar; dan
dia telah bersetuju secara bertulis mengenai pelantikannya dan tidak menarik balik persetujuannya pada tarikh pelantikannya.
Orang yang berikut layak untuk dilantik sebagai konservator:
juruaudit syarikat yang diluluskan di bawah
Akta Syarikat 2016;
seorang yang mempunyai, pada pendapat Perbadanan, pengalaman yang dikehendaki; atau
seorang yang, pada pendapat Perbadanan, berupaya melaksanakan tugas seorang konservator.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 189
Orang yang berikut tidak layak untuk dilantik sebagai konservator:
suatu perbadanan;
seorang bankrap yang belum dilepaskan;
seorang pemegang gadai janji mana-mana aset orang terjejas;
seorang juruaudit orang terjejas; atau
seorang pegawai orang terjejas.