Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian IX · Kuasa Berhubung Dengan Aset yang Diperoleh Oleh Perbadanan
161. Section 161
Feedback & supportBagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh melantik seorang konservator untuk mentadbirkan orang terjejas jika ia berpuas hati bahawa—
orang terjejas utama—
tidak berupaya atau berkemungkinan tidak berupaya untuk membayar hutangnya; atau
tidak berupaya atau berkemungkinan tidak berupaya untuk memenuhi obligasinya kepada pemiutangnya;
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 187
kemandirian orang terjejas utama dan keseluruhan atau mana-mana bahagian asetnya sebagai usaha berterusan boleh tercapai;
penghasilan yang lebih menguntungkan akan aset orang terjejas utama boleh dicapai selain suatu penggulungan;
atau
pelantikan itu boleh mencapai penghasilan yang lebih menguntungkan atau suatu penyelesaian yang lebih cepat akan suatu kewajipan atau liabiliti yang terhutang oleh mana-mana orang kepada Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen.
Perbadanan boleh melantik seorang konservator atau lebih bagi orang terjejas.
Perbadanan boleh pada bila-bila masa selepas pelantikan mana-mana konservator di bawah subseksyen (2) melantik konservator tambahan dan boleh, pada bila-bila masa, menamatkan mana-mana konservator sedia ada dan melantik seorang konservator baru untuk menggantikannya.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (3) boleh dikira sebagai menamatkan pentadbiran mana-mana orang terjejas melainkan jika ditamatkan sedemikian oleh Perbadanan.
Apa-apa keputusan Perbadanan yang berhubungan dengan pelantikan seorang konservator, seorang konservator tambahan, penamatan mana-mana konservator sedia ada dan pelantikan seorang konservator baru bagi menggantikannya, adalah muktamad dan mengikat.
Seorang konservator, dalam menjalankan kuasanya di bawah
Bahagian ini, tidak dikehendaki untuk memberitahu atau mendapatkan kelulusan pemegang syer atau pemiutang orang terjejas dalam suatu mesyuarat agung atau selainnya walau apa pun apa-apa rukun
188
Undang-Undang Malaysia undang-undang, kontrak atau apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang termasuk Akta Syarikat 2016 atau apa-apa jua dalam dokumen konstituen orang terjejas itu.
Mana-mana orang yang melanggar—
seksyen 173 atau 177; atau
subseksyen 170(1), 174(1), 175(2), 176(1), 179(1)
atau 183(1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.