Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian IX · Kuasa Berhubung Dengan Aset yang Diperoleh Oleh Perbadanan
160. Tafsiran
Feedback & supportDalam
Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Bursa Malaysia” ertinya Bursa Malaysia Berhad, suatu syarikat pemegangan bursa yang diluluskan di bawah Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007;
“pemiutang bercagar” ertinya seorang yang memegang sebagai cagaran bagi suatu liabiliti orang terjejas—
suatu gadaian yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah *Kanun Tanah Negara, Ordinan Tanah Sabah atau
Kanun Tanah Sarawak ke atas tanah yang dimiliki oleh orang terjejas;
suatu gadaian tetap atau terapung atas aku janji atau aset orang terjejas dan yang, jika dikehendaki oleh mana-mana peruntukan Akta Syarikat 2016, telah didaftarkan dengan sewajarnya mengikut peruntukan Akta Syarikat 2016 yang terpakai;
suatu penyerahhakan oleh orang terjejas atas haknya di bawah suatu perjanjian untuk membeli tanah atau suatu petak bagi suatu bangunan yang dokumen hakmilik keluaran kepada tanah atau hakmilik strata kepada petak bagi bangunan itu belum lagi dikeluarkan pada masa penyerahhakan;
dokumen hakmilik keluaran kepada mana-mana tanah atau pajakan pendua yang dimiliki oleh orang terjejas dan yang
*CATATAN—Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] telah disemak dan dinamakan sebagai Kanun Tanah
Negara [Akta 828] m.b.p 15 Oktober 2020
186
Undang-Undang Malaysia berkenaan dengannya suatu kaveat pemegang lien yang telah dibuat dengan sewajarnya mengikut peruntukan
Kanun Tanah Negara;
suatu gadaian, gadai janji, sandaran atau lien ke atas sekuriti yang dimiliki oleh orang terjejas dan yang, jika dikehendaki dengan sewajarnya oleh mana-mana peruntukan Akta
Syarikat 2016, telah didaftarkan dengan sewajarnya mengikut peruntukan Akta Syarikat 2016 yang terpakai;
atau
suatu gadaian, gadai janji, sandaran atau lien ke atas wang yang diletakkan atas deposit tetap oleh orang terjejas dan yang, jika dikehendaki oleh mana-mana peruntukan Akta
Syarikat 2016, telah didaftarkan dengan sewajarnya mengikut peruntukan Akta Syarikat 2016 yang terpakai.
Menteri boleh, atas syor Perbadanan, meminda takrif
“pemiutang bercagar” dalam subperenggan (1) melalui notis yang disiarkan dalam Warta.
Kuasa untuk melantik konservator dan konservator tambahan, dsb.