Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian IX · Kuasa Berhubung Dengan Aset yang Diperoleh Oleh Perbadanan
163. Dua konservator atau lebih
Feedback & supportJika dua orang atau lebih dilantik sebagai konservator bagi orang terjejas—
(a)
fungsi atau kuasa konservator boleh dilaksanakan atau dijalankan oleh mana-mana satu daripada mereka atau oleh kedua-duanya atau kesemua mereka secara bersesama; dan
(b)
sebutan mengenai konservator dalam Akta ini ialah sebutan mengenai mana-mana satu daripada mereka yang dilantik.