Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian II · Suruhanjaya

16. Panel Tatatertib dan prosiding tatatertib

Feedback & support
(1)

Selepas menerima perkara di bawah subseksyen 15(3),

Panel Tatatertib hendaklah―

(a)

memberitahu anggota

Suruhanjaya atau jawatankuasa secara bertulis mengenai perbuatan pelanggaran kod kelakuan yang dikatakan itu; dan

(b)

memberikan anggota

Suruhanjaya atau jawatankuasa itu suatu peluang untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh dia diberitahu mengenai pelanggaran kod kelakuan yang dikatakan itu.

(2)

Panel Tatatertib hendaklah terdiri daripada orang yang berikut:

(a)

dalam hal prosiding tatatertib terhadap mana-mana anggota Suruhanjaya, tiga orang hendaklah dilantik oleh

Perdana Menteri; atau

(b)

dalam hal prosiding tatatertib terhadap mana-mana anggota jawatankuasa, tiga orang hendaklah dilantik oleh

Pengerusi Eksekutif.

(3)

Pelantikan anggota Panel Tatatertib hendaklah secara ad hoc.

(4)

Jika, selepas menimbangkan representasi anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, jika ada, Panel Tatatertib mendapati bahawa―

(a)

tiada merit dalam perkara itu, Panel Tatatertib hendaklah menggugurkan perkara itu dan memberitahu Suruhanjaya dan anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa itu mengenai keputusannya; atau

(b)

terdapat merit dalam perkara itu, mengundang anggota

Suruhanjaya atau jawatankuasa itu untuk hadir di hadapan Panel Tatatertib untuk didengari.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 25

(5)

Jika, selepas pertimbangan sewajarnya mengenai representasi yang dibuat oleh anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa yang hadir di hadapan Panel Tatatertib menurut perenggan (4)(b), Panel Tatatertib berpuas hati bahawa―

(a)

pelanggaran itu terbukti, Panel Tatatertib boleh mengesyorkan kepada

Perdana

Menteri atau

Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, bahawa anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa itu hendaklah dipecat daripada menjadi anggota; atau

(b)

pelanggaran itu tidak terbukti, Panel Tatatertib hendaklah menggugurkan perkara itu.

(6)

Selepas menerima syor Panel Tatatertib di bawah perenggan

(5)

(a)

, Perdana Menteri atau Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah membatalkan pelantikan anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa dan mengenakan penalti kewangan sebanyak tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit.

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya dan Pengerusi Eksekutif

Bahagian IV

Pekerja Suruhanjaya

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Pelesenan dan Caj

Bahagian VII

Persaingan

Bahagian VIII

Hak Trafik Udara dan Penguntukan Slot

Bahagian IX

Obligasi Perkhidmatan Awam

Bahagian X

Perlindungan Pengguna

Bahagian XI

Penyelesaian Pertikaian

Bahagian XII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIII

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules