Skip to content

Seksyen 6

Anggota silih ganti

of Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015

ActIn forceProvision 6 of 13
Seksyen 6
(1)

Perdana Menteri boleh, berhubung dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(b) melantik seseorang menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Suruhanjaya sebagai ganti anggota itu jika anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab.

(2)

Seorang anggota silih ganti yang menghadiri mesyuarat

Suruhanjaya hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai seorang anggota Suruhanjaya.

18

Undang-Undang Malaysia

(3)

Seorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang berkenaan dengannya dia menjadi anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Suruhanjaya.