Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2018Read it in English

Bahagian II · Suruhanjaya

4. Meterai perbadanan

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi suatu peranti yang diluluskan oleh Suruhanjaya dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Suruhanjaya.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan “Suruhanjaya Penerbangan Malaysia”

atau “Malaysian Aviation Commission” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Suruhanjaya.

(3)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi Eksekutif atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh

Suruhanjaya, dan hendaklah ditentusahkan oleh Pengerusi Eksekutif atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi

Eksekutif secara bertulis.

(4)

Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan ditentusahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

16

Undang-Undang Malaysia

(5)

Apa-apa surat ikatan, dokumen dan surat cara yang lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota

Suruhanjaya atau seorang pekerja Suruhanjaya yang diberi kuasa bagi maksud itu.

(6)

Meterai perbadanan

Suruhanjaya hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya dan Pengerusi Eksekutif

Bahagian IV

Pekerja Suruhanjaya

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Pelesenan dan Caj

Bahagian VII

Persaingan

Bahagian VIII

Hak Trafik Udara dan Penguntukan Slot

Bahagian IX

Obligasi Perkhidmatan Awam

Bahagian X

Perlindungan Pengguna

Bahagian XI

Penyelesaian Pertikaian

Bahagian XII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIII

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Kecualian dan Peralihan

Schedules