Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya dan Pengerusi Eksekutif
18. Kuasa Suruhanjaya
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa
Suruhanjaya hendaklah termasuk kuasa—
untuk menjalankan segala aktiviti yang didapati
Suruhanjaya perlu, berfaedah atau mudah bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
untuk bekerjasama atau bertindak bersama-sama dengan mana-mana agensi kerajaan, mana-mana syarikat atau perbadanan, atau mana-mana badan atau orang, sama ada tempatan atau asing;
untuk menghendaki pemberian maklumat oleh pihak berkepentingan dalam industri penerbangan awam bagi membantu Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya;
untuk menggunakan segala harta Suruhanjaya, alih dan tak alih, mengikut apa-apa cara yang difikirkan suai manfaat oleh Suruhanjaya termasuklah pemerdapatan pinjaman dengan menggadaijanjikan harta itu;
untuk melantik mana-mana ejen, pakar atau perunding yang
Suruhanjaya fikirkan patut bagi maksud pelaksanaan fungsinya;
untuk mengenakan fi, kos, atau apa-apa caj lain yang
Suruhanjaya fikirkan patut bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya;
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 29
untuk mengenakan dan memungut caj ke atas penumpang di lapangan terbang di Malaysia bagi perkhidmatan pengawalseliaan yang diberikan oleh Suruhanjaya menurut Akta ini;
untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan sumber manusia dan pembiayaan dan program kerjasama bagi pelaksanaan fungsinya secara patut dan berkesan;
untuk memberikan pinjaman dan biasiswa kepada pekerja Suruhanjaya bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri;
untuk menyiarkan dan menyebarkan maklumat mengenai perkara yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya; dan
untuk melakukan apa-apa benda yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya dan kuasanya.