Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya dan Pengerusi Eksekutif
20. Pewakilan fungsi dan kuasa Suruhanjaya
Feedback & supportSuruhanjaya boleh, secara bertulis, mewakilkan fungsi dan kuasanya yang berhubungan dengan perkara operasi sahaja kepada―
seorang anggota Suruhanjaya; atau
suatu jawatankuasa.
Suruhanjaya boleh mewakilkan kepada seorang anggota
Suruhanjaya atau suatu jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada
30
Undang-Undang Malaysia
Kumpulan Wang atau Kumpulan Wang Perkhidmatan Awam atau apa-apa wang lain yang terletak hak pada dan di bawah kawalan
Suruhanjaya sehingga apa-apa takat yang dinyatakan oleh
Suruhanjaya.
Seseorang anggota Suruhanjaya atau sesuatu jawatankuasa yang diwakilkan dengan apa-apa fungsi atau kuasa di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh
Suruhanjaya dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.
Apa-apa fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak
Suruhanjaya.
Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang
Suruhanjaya sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan.