Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya dan Pengerusi Eksekutif
21. Fungsi Pengerusi Eksekutif
Feedback & supportPengerusi Eksekutif hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
pentadbiran dan pengurusan keseluruhan fungsi dan hal-ehwal harian Suruhanjaya;
pentadbiran dan pengurusan Kumpulan Wang;
kawalan am ke atas pekerja Suruhanjaya;
untuk menasihati dan memberikan syor daripada perspektif ekonomi kepada―
Menteri mengenai dasar dan rancangan berkenaan dengan segala perkara yang berhubungan dengan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 31
penerbangan awam dan membangunkan strategi selaras dengan dasar dan rancangan sedemikian; dan
agensi kerajaan yang berkaitan mengenai segala perkara yang berhubungan dengan penerbangan awam;
untuk memastikan bahawa syarikat penerbangan menjalankan program obligasi perkhidmatan awam; dan
untuk menguruskan atau mengatur penjalanan penyelidikan, penilaian, kajian dan perkhidmatan penasihat, untuk mengumpul, menganalisis dan menyiarkan maklumat, statistik dan faktor yang mempengaruhi atau berkaitan dengan pembangunan ekonomi industri penerbangan awam, dan untuk menyebarkan apa-apa maklumat, statistik dan faktor yang berkaitan kepada agensi kerajaan, pemegang lesen, orang awam dan pelabur atau pelabur berpotensi yang berkaitan yang melabur dalam industri sedemikian.
Dalam menjalankan fungsi di bawah perenggan (1)(b), (d) dan
, Pengerusi Eksekutif hendaklah berunding dengan Suruhanjaya.