Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 · Updated to 1 Nov 2022 · Bahagian III
42. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
Feedback & supportTiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.