Seksyen 49
Kad kuasa
of Akta Peranti Perubatan 2012
ActIn forceProvision 49 of 80
Seksyen 49
(1)
Pihak Berkuasa hendaklah mengeluarkan kepada setiap pegawai diberi kuasa suatu kad kuasa yang hendaklah ditandatangani oleh Ketua
Eksekutif Pihak Berkuasa.
(2)
Bilamana pegawai diberi kuasa menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, dia hendaklah apabila diminta menunjukkan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).