Skip to content

Seksyen 65

Kuasa untuk mengambil sampel

of Akta Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 65 of 80
Seksyen 65
(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh meminta, memilih, mengambil atau mendapatkan sampel apa-apa peranti perubatan dengan cara yang ditetapkan bagi maksud analisis—

(a)

dengan bayaran, daripada mana-mana orang yang menjual peranti perubatan itu, atau ejen atau pekhidmatnya; atau

(b)

tanpa bayaran, daripada mana-mana establismen bagi peranti perubatan itu atau ejen atau pekhidmatnya.

(2)

Penganalisisan sampel hendaklah dilakukan dengan cara yang ditetapkan.

(3)

Mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan yang dibuat oleh seseorang pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Peranti Perubatan 49