Seksyen 55
Senarai peranti perubatan, buku, dokumen, dsb., yang disita
of Akta Peranti Perubatan 2012
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika mana-mana peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital disita menurut Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu—
(a)
hendaklah menyediakan—
(i)
suatu senarai peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang disita dan hendaklah menandatangani senarai itu; dan
(ii)
suatu notis bertulis mengenai penyitaan itu yang mengandungi alasan bagi penyitaan itu dan hendaklah menandatangani notis itu; dan
Peranti Perubatan 41
(b)
hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyampaikan suatu salinan senarai peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang disita dan notis bertulis mengenai penyitaan itu kepada penghuni premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya di premis itu.
(2)
Notis bertulis mengenai penyitaan itu tidak dikehendaki untuk disampaikan menurut perenggan (1)(b) jika penyitaan itu dibuat dengan kehadiran orang yang terhadapnya prosiding di bawah Akta ini diniatkan akan diambil, atau dengan kehadiran pemunya harta sedemikian atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai diberi kuasa hendaklah menampalkan suatu salinan senarai peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.