Skip to content

Seksyen 50

Kuasa penyiasatan

of Akta Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 50 of 80
Seksyen 50
(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, diisytiharkan bahawa bagi maksud Akta ini, pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkat berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh ditangkap sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], dan kuasa itu adalah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangan baginya.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 737