Skip to content

Seksyen 64

Kuasa menangkap

of Akta Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 64 of 80
Seksyen 64
(1)

Seorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia percaya dengan munasabah telah melakukan atau cuba melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Seorang pegawai diberi kuasa yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang paling hampir atau, jika tiada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia ditangkap oleh seorang pegawai polis.