Seksyen 57
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
of Akta Peranti Perubatan 2012
ActIn forceProvision 57 of 80
Seksyen 57
Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang disita dalam menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.