Seksyen 56
Pelepasan peranti perubatan, buku, dokumen, dsb., yang disita
of Akta Peranti Perubatan 2012
Jika mana-mana peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital telah disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu boleh, selepas merujuk kepada Pendakwa Raya, melepaskan peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu kepada orang yang diputuskannya sebagai berhak secara sah kepadanya, jika peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini, dan tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, dan dalam hal sedemikian pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu, atau Kerajaan Persekutuan, Pihak
Berkuasa atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan
Persekutuan atau Pihak Berkuasa tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan,
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 737
perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu telah dibuat dengan suci hati.
(2)
Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang membuat pelepasan peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantarkan suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dalam tempoh tujuh hari dari pelepasan itu.