Skip to content

Seksyen 60

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes

of Akta Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 60 of 80
Seksyen 60
(1)

Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh, melalui perintah bertulis, menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada pendapat pegawai diberi kuasa itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.

(2)

Jika mana-mana orang enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 737

sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).