Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian VII · Organisasi Keselamatan dan Kesihatan
28A. Tiada tindakan terhadap orang yang menjalankan perkhidmatan kesihatan pekerjaan
Feedback & supportTiada majikan boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana orang yang menjalankan perkhidmatan kesihatan pekerjaan kerana—
(a)
membuat suatu aduan mengenai apa-apa perkara yang dianggap sebagai suatu risiko kepada kesihatan; atau
(b)
membuat laporan kepada Ketua Pengarah mengenai mana-mana pesakit yang dipercayainya menghidapi apa-apa penyakit pekerjaan atau keracunan pekerjaan.