Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2024Read it in English

Bahagian VII · Organisasi Keselamatan dan Kesihatan

29A. Penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Feedback & support
(1)

Seseorang majikan yang tempat kerjanya tidak termasuk dalam mana-mana kelas atau jenis tempat kerja sebagaimana yang disiarkan dalam Warta di bawah subseksyen 29(1) hendaklah melantik salah seorang daripada pekerjanya untuk bertindak sebagai penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan jika dia mengambil kerja lima atau lebih pekerja di tempat kerjanya.

(2)

Seseorang pekerja yang dilantik sebagai penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan di bawah subseksyen (1)

hendaklah dilantik bagi maksud menyelaraskan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), seseorang majikan yang disebut dalam subseksyen (1) yang telah melantik seorang pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja hendaklah disifatkan telah mematuhi subseksyen (1).

(4)

Seseorang majikan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VIII

Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan, dan Siasatan

Bahagian IX

Larangan Terhadap Penggunaan Loji atau Bahan

Bahagian X

Tataamalan Industri

Bahagian XI

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XII

Liabiliti bagi Kesalahan

Bahagian XIII

Rayuan

Bahagian XIV

Peraturan-Peraturan

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules