Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian VII · Organisasi Keselamatan dan Kesihatan
29. Pegawai keselamatan dan kesihatan
Feedback & supportSeksyen ini hendaklah terpakai bagi apa-apa kelas atau jenis tempat kerja yang ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Seseorang penghuni suatu tempat kerja yang baginya seksyen ini terpakai hendaklah melantik seorang orang yang kompeten untuk bertindak sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Pegawai keselamatan dan kesihatan hendaklah dilantik semata-mata bagi maksud menjamin pematuhan wajar di tempat kerja akan peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan penggalakan penjalanan selamat kerja di tempat kerja itu.
Seseorang hendaklah dilantik sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan hanya untuk satu tempat kerja pada satu-satu masa, melainkan jika dibenarkan selainnya oleh Ketua Pengarah.
Seseorang penghuni yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh
46
Undang-Undang Malaysia didenda tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.