Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian VII · Organisasi Keselamatan dan Kesihatan
31E. Pembaharuan pendaftaran
Feedback & supportSeseorang orang kompeten atau penyedia latihan berdaftar boleh membuat permohonan untuk membaharui pendaftaran sebelum tarikh habis tempoh pendaftaran pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan oleh
Menteri dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
Ketua
Pengarah boleh, selepas mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1)—
membaharui pendaftaran itu, dengan atau tanpa syarat; atau
menolak untuk membaharui pendaftaran itu.
Ketua Pengarah boleh menolak permohonan untuk membaharui pendaftaran jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa—
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 51
pemohon telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
pemohon telah gagal untuk mematuhi mana-mana syarat pendaftaran; atau
pemohon telah mengemukakan apa-apa pernyataan, maklumat atau dokumen yang didapati palsu, tidak kira sama ada pemohon mengetahui atau mempercayai pernyataan, maklumat atau dokumen itu palsu atau selainnya.
Permohonan di bawah subseksyen (1) boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak, dalam keadaan sedemikian fi yang telah dibayar tidak boleh dibayar balik.