Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian VII · Organisasi Keselamatan dan Kesihatan
31B. Aktiviti yang hendaklah dijalankan oleh orang kompeten dan penyedia latihan berdaftar
Feedback & support(1)
Bagi maksud Akta ini, tiada seorang pun boleh—
(a)
menjalankan apa-apa aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual
Kelima melainkan jika dia telah berdaftar sebagai orang kompeten di bawah Akta ini; atau
(b)
menjalankan apa-apa kursus latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan melainkan jika dia telah berdaftar sebagai penyedia latihan berdaftar di bawah Akta ini.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.