Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian XII · Liabiliti bagi Kesalahan
53. Kesalahan yang dilakukan oleh kesatuan sekerja
Feedback & supportJika sesuatu kesatuan sekerja melalui apa-apa perbuatan atau peninggalan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, tiap-tiap pegawai, pekerja dan orang yang berupa sebagai bertindak atas arahan mana-mana pegawai kesatuan sekerja itu hendaklah disifatkan telah melanggar peruntukan itu dan boleh dipertuduh bersesama dalam
70
Undang-Undang Malaysia prosiding yang sama dengan kesatuan sekerja itu atau berasingan, dan tiap-tiap pegawai, pekerja atau orang itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu.
Prosiding boleh dimulakan terhadap seseorang dan dia boleh disabitkan di bawah peruntukan subseksyen (1) sama ada atau tidak prosiding telah dimulakan terhadap kesatuan sekerja itu atau kesatuan sekerja itu telah disabitkan di bawah peruntukan itu.