Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian XII · Liabiliti bagi Kesalahan
58. Perlindungan terhadap liabiliti persendirian lanjut
Feedback & supportTertakluk pada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, tiada seorang pun boleh menanggung apa-apa liabiliti persendirian bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan olehnya dalam menjalankan kewajipan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, melainkan jika kerugian atau kerosakan itu telah disebabkan dengan sengaja atau perbuatan melulu atau kecuaian melampau.