Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian XII · Liabiliti bagi Kesalahan
59. Liabiliti sivil tidak tersentuh oleh Bahagian IV, V dan VI
Feedback & supportTiada apa-apa jua dalam Bahagian IV, V dan VI dan tataamalan industri yang relevan boleh ditafsirkan sebagai—
memberikan hak tindakan dalam mana-mana prosiding sivil berkenaan dengan apa-apa pelanggaran, sama ada melalui perbuatan atau peninggalan, mana-mana peruntukan Bahagian itu;
memberikan pembelaan terhadap sesuatu tindakan dalam mana-mana prosiding sivil atau selainnya yang menyentuh hal tindakan dalam mana-mana prosiding sivil; atau
menyentuh takat, jika ada, sesuatu hak tindakan berbangkit atau prosiding sivil boleh diambil berkenaan dengan kemungkiran kewajipan-kewajipan yang dikenakan oleh perundangan lain berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan.