Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian XII · Liabiliti bagi Kesalahan
62. Pengkompaunan kesalahan
Feedback & supportMenteri boleh melalui perintah dalam Warta, menetapkan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya sebagai kesalahan yang boleh dikompaun.
Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa sebelum sabitan mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) sebagai kesalahan yang boleh dikompaun dengan memungut daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi suatu amaun denda maksimum yang boleh dikenakan ke atas orang itu sekiranya dia disabitkan atas kesalahan itu:
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 73
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah tidak boleh menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini melainkan jika orang itu secara bertulis mengaku bahawa dia telah melakukan kesalahan itu dan meminta
Ketua Pengarah memperlakukan kesalahan itu di bawah seksyen ini.