Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian XII · Liabiliti bagi Kesalahan
61. Pendakwaan
Feedback & supportPendakwaan berkenaan dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh, dengan keizinan bertulis terlebih dahulu daripada
Pendakwa Raya, dimulakan dan dijalankan oleh seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau oleh seseorang pegawai yang khusus diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah tertakluk pada peruntukan Kanun Prosedur Jenayah.