Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

29A. Permintaan bagi pemeriksaan substantif atau pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu permohonan bagi mendapatkan paten sudah diperiksa di bawah seksyen 29 dan tidak ditarik balik atau ditolak, pemohon hendaklah memfailkan, dalam tempoh yang ditetapkan, suatu permintaan bagi pemeriksaan substantif permohonan itu.

(2)

Jika suatu paten atau hakmilik lain bagi perlindungan harta perindustrian telah diberikan kepada pemohon atau pendulunya dalam hakmilik di suatu negara ditetapkan di luar Malaysia atau di bawah suatu triti atau Konvensyen yang ditetapkan bagi suatu reka cipta yang sama atau yang pada dasarnya sama dengan reka cipta yang dituntut dalam permohonannya, pemohon boleh, sebagai ganti pemfailan suatu permintaan bagi pemeriksaan substantif, memfailkan suatu permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

(3)

Sesuatu permintaan bagi pemeriksaan substantif atau pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan hendaklah dibuat dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar dan tidaklah disifatkan telah difailkan sehingga fi yang ditetapkan dibayar kepada

Pendaftar dan apa-apa kehendak yang ditetapkan yang lain dipatuhi.

(4)

(Dipotong oleh Akta A1649).

(5)

Jika pemohon gagal untuk—

(a)

memfailkan permintaan bagi pemeriksaan substantif di bawah subseksyen (1); atau

(b)

memfailkan permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan di bawah subseksyen (2), dalam tempoh yang ditetapkan, permohonan untuk mendapatkan paten itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik pada akhir tempoh itu.

(6)

Walau apa pun perenggan (5)(b), Pendaftar boleh, atas permintaan pemohon dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh

Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan,

Paten 33

membenarkan penangguhan bagi pemfailan permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan yang disebut dalam subseksyen (2).

(6A)

Penangguhan di bawah subseksyen (6) boleh dibenarkan hanya atas alasan bahawa paten atau hak milik lain bagi perlindungan harta perindustrian belum diberikan atau tidak boleh didapati sebelum habis tempoh yang ditetapkan bagi pemfailan permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan.

(7)

Tiada penangguhan boleh dibenarkan di bawah subseksyen (6)

melainkan jika permintaan bagi penangguhan itu difailkan sebelum habis tempoh yang ditetapkan bagi pemfailan permintaan di bawah subseksyen (2) dan tiada penangguhan boleh diminta atau dibenarkan bagi suatu tempoh yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(8)

Tanpa menjejaskan kuasa Pendaftar untuk membenarkan penangguhan, tempoh yang ditetapkan bagi maksud seksyen ini tidak boleh dilanjutkan di bawah peruntukan seksyen 82.

Report

Bahagian VII

Hak Pemunya Paten

Bahagian VIII

Permohonan Paten dan Paten Sebagai Objek Harta

Bahagian IX

Kontrak Lesen

Bahagian X

Lesen Wajib

Bahagian XI

Penyerahan, Bangkangan dan Pentaksahan Paten

Bahagian XII

Pelanggaran

Bahagian XIII

Kesalahan

Bahagian XIV

Kuasa Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bab II

Bab II Triti;

Bab I

Bab I Triti;

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules