31. Pemberian paten
Feedback & supportPemberian sesuatu paten tidak boleh ditolak dan sesuatu paten tidak boleh dijadikan tidak sah atas alasan bahawa pelaksanaan apa-apa tindakan berkenaan dengan reka cipta yang dituntut adalah dilarang oleh mana-mana undang-undang atau peraturan, kecuali jika pelaksanaan tindakan itu adalah berlawanan dengan ketenteraman awam atau kemoralan.
Jika Pendaftar berpuas hati bahawa permohonan itu mematuhi seksyen 23, 29 dan 30, dia hendaklah memberi paten dan hendaklah dengan serta-merta—
mengeluarkan kepada pemohon suatu perakuan mengenai pemberian paten itu dan satu salinan paten bersama-sama dengan satu salinan laporan muktamad Pemeriksa; dan
merekodkan paten itu dalam Daftar.
Jika dua atau lebih daripada dua orang telah, secara berasingan dan bebas, membuat reka cipta yang sama dan setiap seorang daripada mereka telah membuat permohonan bagi mendapatkan paten dan permohonan itu mempunyai tarikh prioriti yang sama, suatu paten boleh diberikan atas setiap permohonan itu.
Dengan seberapa segera yang boleh selepas itu Pendaftar hendaklah—
mengarahkan supaya disiarkan dalam Jurnal Rasmi suatu rujukan mengenai pemberian paten itu; dan
mengadakan bagi orang awam salinan paten setelah dibayar fi yang ditetapkan.
Paten 37
Paten hendaklah disifatkan diberi pada tarikh Pendaftar melaksanakan tindakan yang disebutkan dalam subseksyen (2).