Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

33D. Penyiaran permohonan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen 30A, Pendaftar hendaklah menyiarkan dalam Jurnal Rasmi maklumat yang ditetapkan yang berhubungan dengan suatu permohonan paten setakat mana maklumat itu berada dalam milikan Pendaftar—

Paten 41

(a)

selepas lapan belas bulan dari tarikh pemfailan, atau jika hak prioriti dituntut, tarikh prioriti permohonan paten itu; atau

(b)

atas permintaan pemohon untuk penyiaran awal sebelum tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(2)

Permohonan paten tidak boleh disiarkan di bawah subseksyen (1) jika—

(a)

permohonan paten itu ditinggalkan, ditarik balik, disifatkan telah ditarik balik atau ditolak pada atau sebelum habis tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a); atau

(b)

Pendaftar mendapati bahawa permohonan itu mengandungi apa-apa maklumat yang melanggar ketenteraman awam atau kemoralan.

(3)

Suatu permintaan bagi penyiaran awal di bawah perenggan (1)(b) tidak boleh dibatalkan.

(4)

Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu permohonan antarabangsa yang dibuat di bawah Triti Kerjasama Paten.

Pemeriksaan awam

Report

Bahagian VII

Hak Pemunya Paten

Bahagian VIII

Permohonan Paten dan Paten Sebagai Objek Harta

Bahagian IX

Kontrak Lesen

Bahagian X

Lesen Wajib

Bahagian XI

Penyerahan, Bangkangan dan Pentaksahan Paten

Bahagian XII

Pelanggaran

Bahagian XIII

Kesalahan

Bahagian XIV

Kuasa Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bab II

Bab II Triti;

Bab I

Bab I Triti;

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules