30A. Larangan menyiarkan maklumat yang mungkin mudarat kepada negara
Feedback & supportTertakluk pada apa-apa arahan Menteri, jika suatu permohonan bagi mendapatkan paten difailkan atau disifatkan telah difailkan di Pejabat Pendaftaran Paten dan Pendaftar mendapati bahawa permohonan itu mengandungi maklumat yang penyiarannya mungkin mudarat kepada kepentingan atau keselamatan negara, dia boleh mengeluarkan arahan melarang atau menyekat penyiaran maklumat itu atau penyampaiannya sama ada secara am atau kepada seorang tertentu atau suatu golongan orang tertentu.
Tertakluk pada apa-apa arahan Menteri, Pendaftar boleh membatalkan mana-mana arahan yang dikeluarkan olehnya di bawah subseksyen (1) yang melarang atau menyekat penyiaran atau penyampaian mana-mana maklumat yang terkandung dalam sesuatu permohonan untuk mendapatkan paten jika dia berpuas hati bahawa penyiaran atau penyampaian itu tidak lagi mudarat kepada kepentingan atau keselamatan negara.
Jika arahan yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa berkenaan dengan sesuatu permohonan, permohonan itu boleh diteruskan ke peringkat yang mewajarkan pemberian paten tetapi paten tidak boleh diberikan atas permohonan itu.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 291
Tiada apa-apa pun dalam seksyen ini melarang penzahiran maklumat mengenai sesuatu reka cipta kepada sesuatu Kementerian atau jabatan atau pihak berkuasa Kerajaan bagi maksud mendapatkan nasihat sama ada arahan di bawah seksyen ini patut dibuat, dipinda atau dibatalkan.