35B. Pemohon atau Pejabat Pendaftaran Paten boleh meminta carian antarabangsa
Feedback & supportMana-mana pemohon yang memfailkan suatu permohonan, selain permohonan antarabangsa, bagi mendapatkan paten dengan
Pejabat Pendaftaran Paten boleh meminta supaya suatu carian antarabangsa dijalankan ke atas permohonan tersebut oleh Pihak
Berkuasa Pencarian Antarabangsa yang dinyatakan di bawah subseksyen 78L(1).
Pejabat Pendaftaran Paten boleh menyebabkan suatu carian antarabangsa dibuat oleh Pihak Berkuasa Pencarian Antarabangsa yang dinyatakan di bawah subseksyen 78L(1) terhadap sesuatu permohonan, selain permohonan antarabangsa, bagi mendapatkan paten yang difailkan dengannya.
Paten 47
Jika suatu carian dibuat ke atas suatu permohonan menurut subseksyen (1) atau (2), perihalan dan tuntutan yang terkandung dalam permohonan itu hendaklah dikemukakan dalam bahasa yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Pencarian Antarabangsa dan fi carian yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Pencarian Antarabangsa hendaklah dibayar oleh pemohon sama ada secara terus kepada
Pihak Berkuasa Pencarian Antarabangsa atau melalui Pejabat
Pendaftaran Paten.