35. Jangka masa bagi paten
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (1B) dan (1C), jangka masa sesuatu paten hendaklah dua puluh tahun dari tarikh pemfailan permohonan.
Tanpa menjejaskan subseksyen (1) dan tertakluk pada peruntukan lain Akta ini, suatu paten hendaklah disifatkan diberikan dan berkuat kuasa pada tarikh perakuan mengenai pemberian paten itu dikeluarkan.
Jika sesuatu permohonan paten telah difailkan sebelum 1 Ogos 2001, dan belum selesai pada tarikh itu, jangka masa paten yang diberikan berdasarkan permohonan itu hendaklah dua puluh tahun dari tarikh pemfailan atau lima belas tahun dari tarikh pemberian mengikut mana-mana yang lebih lama.
Jangka masa sesuatu paten yang diberikan sebelum 1 Ogos 2001 dan masih berkuat kuasa pada tarikh itu hendaklah dua puluh tahun dari tarikh pemfailan atau lima belas tahun dari tarikh pemberian mengikut mana-mana yang lebih lama.
Jika seseorang pemunya paten bercadang untuk terus menguatkuasakan paten itu apabila habis tempoh tahun kedua dari tarikh paten itu diberi, dia hendaklah dalam masa dua belas bulan sebelum tarikh habis tempoh tahun kedua dan tiap-tiap tahun yang
Paten 45
berikutnya dalam tempoh berkuatkuasanya paten itu, membayar fi tahunan yang ditetapkan:
Dengan syarat, bagaimanapun, bahawa suatu tempoh pertangguhan selama enam bulan bendaklah dibenarkan selepas habis tempoh itu, setelah pembayaran surcaj sebagaimana yang ditetapkan.
Jika fi tahunan yang ditetapkan tidak dibayar mengikut subseksyen (2), paten itu hendaklah luput, dan notis tentang luputnya paten itu kerana apa-apa fi tahunan tidak dibayar hendaklah disiarkan dalam Jurnal Rasmi.