33C. Mahkamah boleh memerintahkan supaya Daftar dibetulkan
Feedback & supportMahkamah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang terkilan, memerintahkan supaya
Daftar dibetulkan dengan mengarahkan—
pembuatan apa-apa catatan yang ditinggalkan dengan salah daripada Daftar;
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 291
pemadaman atau pemindaan apa-apa catatan yang dibuat dengan salah dalam Daftar atau yang masih ada dengan salah dalam Daftar; atau
pembetulan apa-apa kesilapan atau kecacatan dalam Daftar.
Bagi maksud permohonan di bawah subseksyen (1), Pendaftar hendaklah mempunyai hak untuk hadir dan didengar, dan hendaklah hadir jika diarahkan sedemikan oleh Mahkamah.
Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah, Pendaftar, sebagai ganti hadir dan didengar, boleh mengemukakan suatu pernyataan bertulis yang ditandatanganinya kepada Mahkamah—
yang memberikan butir-butir berhubungan dengan perkara yang menjadi isu;
tentang alasan apa-apa keputusan yang diberikan olehnya yang menyentuh perkara yang menjadi isu;
tentang amalan Pejabat Pendaftaran Paten dalam kes yang serupa; atau
tentang perkara lain yang relevan dengan isu itu dan yang dalam pengetahuannya sebagai Pendaftar, sebagaimana yang difikirkannya patut, dan pernyataan itu hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada keterangan dalam Mahkamah.
(Dipotong oleh Akta A1649).